Resepi ayam masak merah ni Mamatiya cuba atas permintaan En.Hubby yang menggemari masakan ayam masak merah lebih-lebih lagi yang di buat masa kenduri kawin. Sebelum ni pernah Mamatiya share cubaan resepi ayam masak merah..kali ini Mamatiya menggoole resepi masakan ayam masak merah ni lagi tapi yang terjumpa ada penggunaan bahan-bahan yang sememangnya tiada kat dapur Mamatiya contohnya ada yang share resepi menggunakan tomato puri bagai. Jadinya Mamatiya akan pilih share resepi yang mudah dan simple dengan bahan-bahan yang ada di dapur Mamatiya jerrr...Tak pening-pening nak mencari sakan ke kedai. Sebab yang jadi mangsanya En.Hubby jugak yang kena brooomm brooommm dengan motornya hahahaha... Jadinya sekali lagi dengan sukacitanya memaklumkan resepi Azie kitchen jugak menjadi pilihan untuk cubaan Mamatiya bagi ekperimen resepi kali ini.
Bercakap pasal entry Azie Kitchen ni bukan apa, Mamatiya menggemari cara persembahan dan penjelasan dari segi panduan memasaknya. Teramat membantu Mamatiya. Cuma cubaan pertama ini, komen En.Hubby dia bagi empat HaHaHaHA....😋😋..okey laa tu... berbanding percubaan yang sebelum ini...kalo lima Haaa...tu kira percubaan yang terbaik laa kan hahaha....ok resepi ni Mamatiya log lagi untuk simpanan mendatang..Sebabnya Mamatiya ni bekerja then dapurnya beroperasi bila Mamatiya benar-benar ingin mencuba resepi-resepi yang ambik masa untuk dipersiapkan..a-maklum Mamatiya ni mak-mak yang baru belajar berjinak-jinak ke dapur hehehe....belum expert bab-bab memasak nii tauu...biasanya cuti-cuti hujung minggu rajin mencuba pelbagai resepi. Itu pun kalo tak ada perancangan membawa anak-anak keluar berjalan hehehehe..
AYAM MASAK MERAH
Dari : Dapur Mamatiya
Bahan-bahannya :
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
Untuk resepi ni Mamatiya edit bahan-bahan apa yang ada kat umah Mamatiya tau.. hehehehe.... Macam ayamnya resepi asal guna 1 ekor ayam seperti di maklum di atas tu haa....Tapi Mamatiya guna 3 paha ayam di campur dengan kepak ayam dalam 10-15 ketul dan Mamatiya campurkan jugak pedal ayam dalam Masakan Ayam Masak Merah ni tau..
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan - yang ni Mamatiya letak agak-agak jerrr
250 ml air - yang ni pun Mamatiya letak agak-agak
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak untuk menumis
Kacang peas - Mamatiya tak letak sebab tak ada dalam dapur Mamatiya 😁
Kacang peas - Mamatiya tak letak sebab tak ada dalam dapur Mamatiya 😁
Bahan bahan kisar halus :
4 biji bawang besar holland
5 ulas bawang merah - Mamatiya guna 2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu cili giling
Bahan bahan hiris :
3 biji bawang besar - lagi sedap bawang holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping
Cara cara Membuatnya :
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.
Lepas tu masukkan cili giling yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.
Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.
Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.
Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.
Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato. Mamatiya makan bersama nasi putih jerr..senyum jerr makan weiii..
Selamat mencuba....😎😍😍😍

Tiada ulasan:
Catat Ulasan