Selasa, 18 Disember 2018

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT



Sebenarnya MamaTiya berhasrat nak membuat kek sendiri. Kebetulan hari jadi bapak pada 17.12.2018. Makanya MamaTiya merancang nak buat kek ni nak dijadikan kek hari jadi bapak terus laa.. Alang-alang dah membuat kan. Jommm lahh mencoba.





CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh : Cik Cek
Dikongsikan Oleh : MamaTiya
Tarikh : 18.12.18




Actually resepi ni diadaptasikan untuk ayahanda untuk hari lahirnya pada 17.12.2018. So pembikinannya bermula pada 16.12.2018. Pertama kali membuatnya jadi agak macam siput laa jugak hahahaha di bantu oleh anak-anak yang excited nak membantu MamaTiya kali ini di dapur. Okey untuk bahan-bahan nya kita share seperti dibawah ni ;


Bahan-bahannya:
400 gm coklat bar - MamaTiya guna brand Nona
150 gm unsalted butter 
100 gm gula perang 
100 gm gula kastor - MamaTiya guna gula biasa di blend halus sbb masa buat ni dapur MamaTiya tak da gula kastor😜😜
4 biji telur 
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri - MamaTiya guna tepung gandum jerr sebab dapur MamaTiya tak da tepung ni hehehehe
30 gm serbuk koko



Cara-cara membuatnya :

Coklat bar tadi di potong-potong kecil bagi memudahkan masa kita nak mencairkannya nanti. Satukan hirisan coklat-coklat tadi bersama mentega dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut.

Ni anak MamaTiya yang beria-ia nak membantu. Jadi MamaTiya bagi tugasan ni. Alhamdulliah memang-memang membantu. Siap offer nak tolong lagi. Bukan apa nya...anak-anak excited nak tengok hasilnya. heheheheπŸ˜†πŸ˜†



Bahan-bahan yang disatukan tadi di gaul rata dan sebati seperti ini. Nampak cantik dan mengiurkan..belom masuk ke dalam acuan dan di bakar lagi ni..Ni pun dah nyammm nyammm rasanya tau.


Sambil-sambil tunggu coklat di atas tadi menyejukkan dirinya. Kita buat adunan lain pulak di dalam bekas yang lain. Satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata. Ni anak MamaTiya kata agak penat sikit nak buat sebab mesin tu berat katanya. Tapi sebab masih berminat nak tengok hasilnya gigih jugak membantu.


Haaaaa yang ni pulak memperkenalkan CikTiya kita..Tak puas hati tak di bahagi tugas macam abangnya. Jadi nak memuaskan hatinya kita bagi tugasan ringan ni, kita mintak tolong gaulkan adunan yang abang buat tadi dengan dengan menyatukannya bersama tepung gandum dan serbuk koko. Masukkan sedikit demi sedikit. Gaul sehingga benar-benar sebati.

Kemudian sediakan acuan dengan mengalaskannya menyapukan permukaan dalam acuan dengan mentega dan tepung supaya apabila selepas membakar, adunan tadi tidak melekat dan senang dikeluarkan dari acuan. Tuangkan adunan ke dalam acuan 10 x 10 inc. 


Panaskan ketuhar dengan suhu 160 c selama 15 minit kemudian masukkan acuan untuk dibakar selama 40 minit. Nak memastikan kek benar-benar masak, cucukkan dengan kayu sate dan sekiranya tidak melekat maka masaklah kek tersebut.

Bila dah masak, tutup suis oven dan biarkan kek dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.



Akhirnya anak berpuas hati menunggu hasilnya..rasanya MamaTiya selesai buat kek ni dalam jam 11 malam. Sebab kelewatan beroperasi jadinya lewatlah siapnya. Ni MamaTiya KIV dulu sebab esok keje.. MamaTiya sambong mendeco kan kek seperti gambar pada mula-mula tadi nak bagi ke ayahanda pada hari jadinya 17.12.2018. 




Selasa, 11 Disember 2018

Ayam Masak Merah Yang Simple


Resepi ayam masak merah ni Mamatiya cuba atas permintaan En.Hubby yang menggemari masakan ayam masak merah lebih-lebih lagi yang di buat masa kenduri kawin. Sebelum ni pernah Mamatiya share cubaan resepi ayam masak merah..kali ini Mamatiya menggoole resepi masakan ayam masak merah ni lagi tapi yang terjumpa ada penggunaan bahan-bahan yang sememangnya tiada kat dapur Mamatiya contohnya ada yang share resepi menggunakan tomato puri bagai. Jadinya Mamatiya akan pilih share resepi yang mudah dan simple dengan bahan-bahan yang ada di dapur Mamatiya jerrr...Tak pening-pening nak mencari sakan ke kedai. Sebab yang jadi mangsanya En.Hubby jugak yang kena brooomm brooommm dengan motornya hahahaha... Jadinya sekali lagi dengan sukacitanya memaklumkan resepi Azie kitchen jugak menjadi pilihan untuk cubaan Mamatiya bagi ekperimen resepi kali ini. 

Bercakap pasal entry Azie Kitchen ni bukan apa, Mamatiya menggemari cara persembahan dan penjelasan dari segi panduan memasaknya. Teramat membantu Mamatiya. Cuma cubaan pertama ini, komen En.Hubby dia bagi empat HaHaHaHA....πŸ˜‹πŸ˜‹..okey laa tu... berbanding percubaan yang sebelum ini...kalo lima Haaa...tu kira percubaan yang terbaik laa kan hahaha....ok resepi ni Mamatiya log lagi untuk simpanan mendatang..Sebabnya Mamatiya ni bekerja then dapurnya beroperasi bila Mamatiya benar-benar ingin mencuba resepi-resepi yang ambik masa untuk dipersiapkan..a-maklum Mamatiya ni mak-mak yang baru belajar berjinak-jinak ke dapur hehehe....belum expert bab-bab memasak nii tauu...biasanya cuti-cuti hujung minggu rajin mencuba pelbagai resepi. Itu pun kalo tak ada perancangan membawa anak-anak keluar berjalan hehehehe..




AYAM MASAK MERAH
Dari : Dapur Mamatiya

Bahan-bahannya :
1 ekor ayam  - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.

Untuk resepi ni Mamatiya edit bahan-bahan apa yang ada kat umah Mamatiya tau.. hehehehe.... Macam ayamnya resepi asal guna 1 ekor ayam seperti di maklum di atas tu haa....Tapi Mamatiya guna 3 paha ayam di campur dengan kepak ayam dalam 10-15 ketul dan Mamatiya campurkan jugak pedal ayam dalam Masakan Ayam Masak Merah ni tau..

2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan - yang ni Mamatiya letak agak-agak jerrr
250 ml air - yang ni pun Mamatiya letak agak-agak 
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak untuk menumis
Kacang peas - Mamatiya tak letak sebab tak ada dalam dapur Mamatiya 😁

Bahan bahan kisar halus :
4 biji bawang besar holland 
5 ulas bawang merah - Mamatiya guna 2 biji bawang merah besar 
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 sudu cili giling

Bahan bahan hiris :
3 biji bawang besar - lagi sedap bawang holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Cara cara Membuatnya :
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Lepas tu masukkan cili giling yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak. 

Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.

Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.


Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.


Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato. Mamatiya makan bersama nasi putih jerr..senyum jerr makan weiii..

Selamat mencuba....😎😍😍😍




Ahad, 9 Disember 2018

Sambal Ikan Bilis


Kemaruk sangat dengan sambal ikan bilis ni makanya Mamatiya sanggup tung tang tung tang di dapur selewat jam 9 malam.. Kebiasaannya jam-jam ni dapur Mamatiya dah tutup dah.. dalam erti kata no entry lagi dah hehehe sebab Mamatiya mendisplinkan diri sendiri untuk tidak makan lewat. Sebabnya nak jaga badan laa jugak. Walaupun anak dah tiga tapi kesihatan dan penampilan tu tetap kena jaga. Tapi terkadang tu terkecudang jugak sebab bila teruja menyiapkan makanan di dapur, teruja juga menghabiskan lauk pauk yang telah disediakan hehehe. Jadinya nak pendekkan cerita kesanggupan menyediakan sambal ikan bilis lewat-lewat malamnya sebab nak memudahkan untuk penyediaan sarapan esok harinya untuk suami dan anak-anak. Kebetulan masa membuat sambal ni keesokan harinya Mamatiya dah ambik cuti seminggu. Saja menghabiskan masa dengan suami dan anak-anak cuti sekolah. Resepi ni Mamatiya petik dari Azie Kitchen. Banyak-banyak resepi suka jugak dengan koleksi Azie Kitchen ni. Ni antara yang ter best untuk Mamatiya Log resepinya..
SAMBAL IKAN BILIS TUMIS

Bahan-bahannya :
1 mangkuk ikan bilis - di goreng
1 biji bawang besar - hiris
2 -3 sudu besar gula pasir
Sedikit gula merah/gula melaka - Mamatiya tak letak pun. Kita optional je laa
Sedikit Garam
Air asam jawa/asam keping - Mamatiya guna asam keping

Bahan Kisar :

Sedikit ikan bilis - Mamatiya letak agak-agak jer nak bagi rasa. Tak sampai segenggam pun
1/2 mangkuk cili kisar - Mamatiya guna 2-3 sudu besar cili giling
2 biji bawang besar - Mamatiya guna bawang merah bombay
3 ulas bawang putih
1 inci halia 
Sebesar ibu jari belacan - jangan banyak sangat tau

**Semua bahan kisar Mamatiya masukkan jerr dalam mesin pengisar.

Cara Membuatnya :
Panaskan minyak yang banyak, tumis bawang besar hirisan tadi sehingga naik bau sahaja. Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api pelahan sehingga cili benar-benar masak. Jika minyak kelihatan agak kurang boleh ditambah ketika menumis. Bagaimana kita nak tahu kalau ianya telah garing? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit, Itu tanda dah garing.

Setelah bahan tumisan garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata. Gula ni menjadikan warna sambal kelihatan cantik dan berkilat. Kemudian masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang anda sukai. Masukkan asam keping, garam dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga sambal dan ikan bilis sebati. 


Ini dia hasil tangan Mamatiya dari perkongsian resepi Azie Kitchen. TQ for sharing.
Note : Sambal lebih sedap jika disediakan sehari sebelum. Makanya sebab itu Mamatiya gigih membuatnya pada malam hari. Makannya pulak keesokan harinya. Tapi menyempat jugak melahap dengan En. Hubby sepinggan malam tu hahaha...En.Hubby kata Nomm...nom.....



Untuk menu ni, keesokan harinya Mamatiya wat hidangan dengan nasi goreng, sosej goreng tepung sambil-sambil menemani anak-anak mandi manda di kolam renang kat parking rumah jer hehehe...Jimat kan...Okey selamat mencuba.....πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Sotong Goreng Crispy

Lama jugak tak menggoreng sotong goreng. Antara sebabnya tak sanggup nak bersilat kat dapur dengan letupan-letupan sotong tu bila menggoreng. Beberapa cara telah di cuba resepinya, dengan merebus sotong terlebih dahulu baru goreng..Terkadang tu memang berjaya laa tak meletop nye...Tapi terkadang tak terlepas dengan letupan yang tanpa di duga.

Kali ni kita usaha menggoogle En.google kita mencari resepi yang boleh dicuba..Kali ni Mamatiya nak share satu resepi yang Mamatiya agak puas hati dengan hasilnya. Salunya Mamatiya akan try and kalo berjaya Mamatiya log resepi tu and simpan.πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ .. Mamatiya sokong resepi ni sebab ternyata sotong di goreng tidak meletop dan ia kekal rangup. Apa yang lebih penting anak-anak Mamatiya suka..siap cakap cenggini πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘.... Hasil percubaan Mamatiya dengan resepi dari Cik/Puan Rafiza Idayu ni ...jom lihat....Ta..daaaa......


SOTONG GORENG CRISPY


Cara Membuatnya :
Basuh dan potong sotong dan toskan menggunakan penapis supaya airnya sentiasa keluar. Tumbuk sebiji bawang putih dan gaulkan ke dalam sotong yang telah di toskan itu tadi. 



Masukkan satu sudu cuka dan gaul rata. Katanya empunya resepi ni fungsi cuka ni untuk mengecutkan sotong dan boleh mengeluarkan air dari badan sotong. Ini rupanya petua dan rahsianya sotong kurang meletop sewaktu digoreng. Seperti yang kita sedia maklum sotong ni mengandungi kandungan air yang sangat tinggi. Sebab tu lah ia meletop apabila di goreng. Walaubagaimanapun peringatan yerrrr, jangan masukkan cuka banyak sangat tau nanti jadi fermented squid pulak. Ikut Cik/Puan empunya resepi ni dia guna cuka epal sebab mempunyai khasiat yang tinggi. Tapi Mamatiya cuma ada cuka sushi jerr kat rumah jadi Mamatiya on jerr laaa hehehe... 


Kemudian masukkan lada sulah secukup rasa. 


Masukkan garam sedikit dan ratakan semua. Biarkan ia selama 10 minit. 


 Sambil-sambil tu sediakan bahan-bahan untuk salutan. 2 Biji telur di pukul sebati kuning dan putihnya. Jangan dipukul macam nak buta kek tu.. Pukul sekadar perlu kerana jika di pukul terlalu kuat nanti telur akan jadi ringan. Hasilnya nanti dia tak berapa nak melekat pada sotong nanti. Untuk salutan tepungnya Mamatiya guna tepung serbaguna goreng rangup tu then Mamatiya campurkan dengan tepung jagung dan sebatikan kedua-duanya. 5 sudu tepung serbaguna dan 5 sudu tepung jagung. 

Proses Salutan:
Celup sotong perapan tadi ke dalam telur dan masukkan ke dalam tepung. Sotong kena pastikan ia di salut dengan tepung luar dan dalam. Ini antara proses yang penting dalam memastikan atau mengelakkan sotong meletup. Dalam mencuba resepi ni baru Mamatiya tahu rupanya tepung bertindak sebagai bahan serap air dari badan tepung. Tengoklah hasilnya yang Mamatiya dah share kar atas. Memang menjadi, bukan saja nampak crispy malah dirasa memang rangup. Gorenglah apabila betul-betul panas dengan memasukkan sotong satu persatu. Goreng jangan terlalu lama. seafood tidak boleh overcooked kerana akan liar selepas sejuk.

Selamat mencuba😍😍😍😍😍😍











Ahad, 25 November 2018

Masak Lemak Pucuk Manis Dengan Si Labunya :-)

Dari hari ke hari memikirkan nak buat apa ke labu ni. Labu ni pun dapat dari pemberian mak hasil tanamannya yang menjadi...seronok jugak tengok buah labunya yang menjadi-jadi. Hasilnya mak agih-agih laa ke mamatiya ni and jiran-jiran sebelah kiri kanan rumahnya. Membulat laaa labu ni di dapur mamatiya. Al maklum mamatiya ni bekerja..cerita nak ke dapurnya pun kadang-kadang n jarang-jarang. Sebab tu bila menghasilkan sesuatu masakan atau hidangan suka nak memblogger dah atas sebab-sebab tertentu ... seronok menengok hasil yang menjadi dari usaha menggoogle resepi dari Mr.G hahahahaa.....

Ok...berbalik kepada cerita si labunya... mamatiya nak buat masak lemak pucuk manis (cangkuk manis dalam gelaran sarawak yerrr) bersama si labunya...


Masak Lemak Pucuk Manis Dengan Labu





Bahan-bahannya:

  • 2 ikat pucuk manis - asingkan daun dari tangkainya
  • 1/2 biji labu - di buang kulit dan potong dadu
  • 1 - 2 sudu besar cili giling
  • 3 ulas bawang merah
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • 2 cawan santan
  • Garam dan Ajinomoto/gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

Rebuskan labu ke dalam periuk sehingga empuk. Bawang merah dan ikan bilis di tumbuk halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk yang berisi labu tadi dan masukkan sekali cili giling. Setelah labu kelihatan agak empuk, masukkan pucuk manis dan gaul sebati. Masukkan santan gaul bagi serata dan perasakan dengan garam dan ajinomoto/gula terpulang nak guna mana satu. Setelah siap masak, angkat dan segera dihidangkan. 


Ayam Goreng Crispy


AYAM GORENG CRISPY

Hujung minggu mula lah memikirkan apa mennu nak di masak untuk anak-anak. Berlegar-legar dikepala ayam KFC... Dalam merancang aktiviti anak-anak dihujung minggu, mintak laa Mr.Hubby ke pasar membeli lauk sambil-sambil mamatiya melayan anak-anak mandi kolam di rumah. 

Haaa..kebetulan mr.hubby membawa kepak-kepak ayam, dan ada jugak laaaa bahagian-bahagian lainnya untuk stok agak-agak seminggu laa kot. So selesai anak-anak mandi-manda...mamatiya ke daur beroperasi menyediakan juadah...taa daaaaaa ini laa dia hasil ayam crispy mamatiya,,,ini pun kita menggoogle jugak resepi..terima kasih kepada yang share resepi -hazurin.. Mamatiya x laa ikut semua resepi tu ada yang skip sebab bahan tak mencukupi di dapur hahaha...tapi 80% jugak laaa kita follow..komen anak...memang sedap....:-) 





Bahan-Bahan Perap
7 - 8 Kepak Ayam 
1 Cawan tepung gandum
1 Cawan tepung jagung
2 Sudu besar serbuk cili (ikut citarasa masing-masing..mamatiya x letak pun)
2 Sudu besar serbuk kari
4 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 Sudu besar serbuk lada hitam
1 Sudu besar lada sulah
1 Sudu kecil garam
1 Sudu kecil serbuk perasa 
1 Sudu kecil soda bikarbonat
1 Sudu kecil cuka (untuk ayam juicy) - mamatiya buat tak letak ni..kalo nak letak boleh jugak.

Bahan Salut:
2 Biji telur
Mamatiya guna tepung goreng rangup serbaguna cap Bestari.

Cara-caranya: 
Masukkan ayam ke dalam bekas besar dan masukkan kesemua bahan perap. Gaul rata semua bahan tersebut. Ikut resepi asal perap sekurang-kurangnya 30 minit, lagi lama anda perap lagi sedap! Tapi mamatiya tak menyempat nak memerap sebabnya ke ddapur dah lewat..nak kejar makan tengaharinya pulak...jadi perap pun x sampai 10 minit terus campak ke kuali dah hahahaha...hmmm... campak-campak jugak...lari pulak flow membuatnya kan...ok kita continue  hehehe...Setelah diperap, masukkan ayam satu persatu ke dalam telur dan gaul rata. Kemudian, gaul rata ke dalam tepung goreng rangup serbaguna tadi. 
Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas tau! Goreng ayam di dalam minyak yang banyak (deep fry). Setelah kekuningan, angkat ayam dan toskan. Siap!....Ok selamat mencuba dan menjamu...


Jumaat, 16 November 2018

Kerabu Perut




Bahan-bahan diperlukan:
500 g perut lembu 

1 kuntum bunga kantan 

1 batang timun (Dihiris/sagat kasar) 

1 biji tomato hijau (Dihiris)

1 labu bawang besar (Dihiris)

2 biji cili hijau 

3 biji cili merah 

5 biji cili api 

3 biji bawang merah
(Semua cili hijau, cili merah, cili api & bawang merah dikisar bersama)

4 biji limau kesturi (Diambil jusnya) 

½ sudu teh gula 

Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:
Bersihkan perut lembu dan rebus sehingga lembut. Tuskan
dan potong kecil. 

Belah dua bunga kantan dan hiris halus. 

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan
gaul rata. 

Sedia dihidangkan.

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT

Sebenarnya MamaTiya berhasrat nak membuat kek sendiri. Kebetulan hari jadi bapak pada 17.12.2018. Makanya MamaTiya merancang nak buat k...