Ahad, 9 Disember 2018

Sambal Ikan Bilis


Kemaruk sangat dengan sambal ikan bilis ni makanya Mamatiya sanggup tung tang tung tang di dapur selewat jam 9 malam.. Kebiasaannya jam-jam ni dapur Mamatiya dah tutup dah.. dalam erti kata no entry lagi dah hehehe sebab Mamatiya mendisplinkan diri sendiri untuk tidak makan lewat. Sebabnya nak jaga badan laa jugak. Walaupun anak dah tiga tapi kesihatan dan penampilan tu tetap kena jaga. Tapi terkadang tu terkecudang jugak sebab bila teruja menyiapkan makanan di dapur, teruja juga menghabiskan lauk pauk yang telah disediakan hehehe. Jadinya nak pendekkan cerita kesanggupan menyediakan sambal ikan bilis lewat-lewat malamnya sebab nak memudahkan untuk penyediaan sarapan esok harinya untuk suami dan anak-anak. Kebetulan masa membuat sambal ni keesokan harinya Mamatiya dah ambik cuti seminggu. Saja menghabiskan masa dengan suami dan anak-anak cuti sekolah. Resepi ni Mamatiya petik dari Azie Kitchen. Banyak-banyak resepi suka jugak dengan koleksi Azie Kitchen ni. Ni antara yang ter best untuk Mamatiya Log resepinya..
SAMBAL IKAN BILIS TUMIS

Bahan-bahannya :
1 mangkuk ikan bilis - di goreng
1 biji bawang besar - hiris
2 -3 sudu besar gula pasir
Sedikit gula merah/gula melaka - Mamatiya tak letak pun. Kita optional je laa
Sedikit Garam
Air asam jawa/asam keping - Mamatiya guna asam keping

Bahan Kisar :

Sedikit ikan bilis - Mamatiya letak agak-agak jer nak bagi rasa. Tak sampai segenggam pun
1/2 mangkuk cili kisar - Mamatiya guna 2-3 sudu besar cili giling
2 biji bawang besar - Mamatiya guna bawang merah bombay
3 ulas bawang putih
1 inci halia 
Sebesar ibu jari belacan - jangan banyak sangat tau

**Semua bahan kisar Mamatiya masukkan jerr dalam mesin pengisar.

Cara Membuatnya :
Panaskan minyak yang banyak, tumis bawang besar hirisan tadi sehingga naik bau sahaja. Kemudian masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api pelahan sehingga cili benar-benar masak. Jika minyak kelihatan agak kurang boleh ditambah ketika menumis. Bagaimana kita nak tahu kalau ianya telah garing? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit, Itu tanda dah garing.

Setelah bahan tumisan garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata. Gula ni menjadikan warna sambal kelihatan cantik dan berkilat. Kemudian masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang anda sukai. Masukkan asam keping, garam dan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga sambal dan ikan bilis sebati. 


Ini dia hasil tangan Mamatiya dari perkongsian resepi Azie Kitchen. TQ for sharing.
Note : Sambal lebih sedap jika disediakan sehari sebelum. Makanya sebab itu Mamatiya gigih membuatnya pada malam hari. Makannya pulak keesokan harinya. Tapi menyempat jugak melahap dengan En. Hubby sepinggan malam tu hahaha...En.Hubby kata Nomm...nom.....



Untuk menu ni, keesokan harinya Mamatiya wat hidangan dengan nasi goreng, sosej goreng tepung sambil-sambil menemani anak-anak mandi manda di kolam renang kat parking rumah jer hehehe...Jimat kan...Okey selamat mencuba.....😅😅😅😅

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT

Sebenarnya MamaTiya berhasrat nak membuat kek sendiri. Kebetulan hari jadi bapak pada 17.12.2018. Makanya MamaTiya merancang nak buat k...