AYAM GORENG CRISPY
Hujung minggu mula lah memikirkan apa mennu nak di masak untuk anak-anak. Berlegar-legar dikepala ayam KFC... Dalam merancang aktiviti anak-anak dihujung minggu, mintak laa Mr.Hubby ke pasar membeli lauk sambil-sambil mamatiya melayan anak-anak mandi kolam di rumah.
Haaa..kebetulan mr.hubby membawa kepak-kepak ayam, dan ada jugak laaaa bahagian-bahagian lainnya untuk stok agak-agak seminggu laa kot. So selesai anak-anak mandi-manda...mamatiya ke daur beroperasi menyediakan juadah...taa daaaaaa ini laa dia hasil ayam crispy mamatiya,,,ini pun kita menggoogle jugak resepi..terima kasih kepada yang share resepi -hazurin.. Mamatiya x laa ikut semua resepi tu ada yang skip sebab bahan tak mencukupi di dapur hahaha...tapi 80% jugak laaa kita follow..komen anak...memang sedap....:-)
Bahan-Bahan Perap
7 - 8 Kepak Ayam
1 Cawan tepung gandum
1 Cawan tepung jagung
2 Sudu besar serbuk cili (ikut citarasa masing-masing..mamatiya x letak pun)
2 Sudu besar serbuk kari
4 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 Sudu besar serbuk lada hitam
1 Sudu besar lada sulah
1 Sudu kecil garam
1 Sudu kecil serbuk perasa
1 Sudu kecil soda bikarbonat
1 Sudu kecil cuka (untuk ayam juicy) - mamatiya buat tak letak ni..kalo nak letak boleh jugak.
Bahan Salut:
2 Biji telur
Mamatiya guna tepung goreng rangup serbaguna cap Bestari.
Cara-caranya:
Masukkan ayam ke dalam bekas besar dan masukkan kesemua bahan perap. Gaul rata semua bahan tersebut. Ikut resepi asal perap sekurang-kurangnya 30 minit, lagi lama anda perap lagi sedap! Tapi mamatiya tak menyempat nak memerap sebabnya ke ddapur dah lewat..nak kejar makan tengaharinya pulak...jadi perap pun x sampai 10 minit terus campak ke kuali dah hahahaha...hmmm... campak-campak jugak...lari pulak flow membuatnya kan...ok kita continue hehehe...Setelah diperap, masukkan ayam satu persatu ke dalam telur dan gaul rata. Kemudian, gaul rata ke dalam tepung goreng rangup serbaguna tadi.
Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas tau! Goreng ayam di dalam minyak yang banyak (deep fry). Setelah kekuningan, angkat ayam dan toskan. Siap!....Ok selamat mencuba dan menjamu...