Ahad, 9 Disember 2018

Sotong Goreng Crispy

Lama jugak tak menggoreng sotong goreng. Antara sebabnya tak sanggup nak bersilat kat dapur dengan letupan-letupan sotong tu bila menggoreng. Beberapa cara telah di cuba resepinya, dengan merebus sotong terlebih dahulu baru goreng..Terkadang tu memang berjaya laa tak meletop nye...Tapi terkadang tak terlepas dengan letupan yang tanpa di duga.

Kali ni kita usaha menggoogle En.google kita mencari resepi yang boleh dicuba..Kali ni Mamatiya nak share satu resepi yang Mamatiya agak puas hati dengan hasilnya. Salunya Mamatiya akan try and kalo berjaya Mamatiya log resepi tu and simpan.πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ .. Mamatiya sokong resepi ni sebab ternyata sotong di goreng tidak meletop dan ia kekal rangup. Apa yang lebih penting anak-anak Mamatiya suka..siap cakap cenggini πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘.... Hasil percubaan Mamatiya dengan resepi dari Cik/Puan Rafiza Idayu ni ...jom lihat....Ta..daaaa......


SOTONG GORENG CRISPY


Cara Membuatnya :
Basuh dan potong sotong dan toskan menggunakan penapis supaya airnya sentiasa keluar. Tumbuk sebiji bawang putih dan gaulkan ke dalam sotong yang telah di toskan itu tadi. 



Masukkan satu sudu cuka dan gaul rata. Katanya empunya resepi ni fungsi cuka ni untuk mengecutkan sotong dan boleh mengeluarkan air dari badan sotong. Ini rupanya petua dan rahsianya sotong kurang meletop sewaktu digoreng. Seperti yang kita sedia maklum sotong ni mengandungi kandungan air yang sangat tinggi. Sebab tu lah ia meletop apabila di goreng. Walaubagaimanapun peringatan yerrrr, jangan masukkan cuka banyak sangat tau nanti jadi fermented squid pulak. Ikut Cik/Puan empunya resepi ni dia guna cuka epal sebab mempunyai khasiat yang tinggi. Tapi Mamatiya cuma ada cuka sushi jerr kat rumah jadi Mamatiya on jerr laaa hehehe... 


Kemudian masukkan lada sulah secukup rasa. 


Masukkan garam sedikit dan ratakan semua. Biarkan ia selama 10 minit. 


 Sambil-sambil tu sediakan bahan-bahan untuk salutan. 2 Biji telur di pukul sebati kuning dan putihnya. Jangan dipukul macam nak buta kek tu.. Pukul sekadar perlu kerana jika di pukul terlalu kuat nanti telur akan jadi ringan. Hasilnya nanti dia tak berapa nak melekat pada sotong nanti. Untuk salutan tepungnya Mamatiya guna tepung serbaguna goreng rangup tu then Mamatiya campurkan dengan tepung jagung dan sebatikan kedua-duanya. 5 sudu tepung serbaguna dan 5 sudu tepung jagung. 

Proses Salutan:
Celup sotong perapan tadi ke dalam telur dan masukkan ke dalam tepung. Sotong kena pastikan ia di salut dengan tepung luar dan dalam. Ini antara proses yang penting dalam memastikan atau mengelakkan sotong meletup. Dalam mencuba resepi ni baru Mamatiya tahu rupanya tepung bertindak sebagai bahan serap air dari badan tepung. Tengoklah hasilnya yang Mamatiya dah share kar atas. Memang menjadi, bukan saja nampak crispy malah dirasa memang rangup. Gorenglah apabila betul-betul panas dengan memasukkan sotong satu persatu. Goreng jangan terlalu lama. seafood tidak boleh overcooked kerana akan liar selepas sejuk.

Selamat mencuba😍😍😍😍😍😍











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT

Sebenarnya MamaTiya berhasrat nak membuat kek sendiri. Kebetulan hari jadi bapak pada 17.12.2018. Makanya MamaTiya merancang nak buat k...